Assalamualaikum & Hai,

Tengah2 buat keje tetiba dengar lagu ni. Owh! suddenly i missed him. HAHA!(hati berbunga-bunga matahari)
Mari aku nyanyikan lagu ini untuk kalian2 semua di petang2 ini. Enjoy guys! 

Life is Like a Boat



Nobody knows who I really am
I never felt this empty before
And if I ever need someone to come along
Who's gonna comfort me and keep me strong

We are all rowing the boat of fate
The waves keep on comin' and we can't escape
But if we ever get lost on our way
The waves would guide you through another day

Tookude iki wo shiteru toumei ni nattamitai
Kurayami ni omoe takedo mekaku shisarete tadake
Inori wo sasagete atarashii hi wo matsu
Azayaka ni hikaru umi sono hate made

Nobody knows who I really am
Maybe they just don't give a damn
But if I ever need someone to come along
I know you would follow me, and keep me strong

Hito no kokoro wa utsuri yuku nukedashita kunaru
Tsuki wa mata atarashii shuuki de fune wo tsureteku
And every time I see your face,
The oceans heave up to my heart
You make me wanna strain at the oars,
And soon I can see the shore

Oh, I can see the shore
When will I... see the shore?

I want you to know who I really am
I never thought I'd feel this way towards you
And if you ever need someone to come along
I will follow you, and keep you strong

Tabi wa mada tsudzuiteku odayakana hi mo
Tsuki wa mata atarashii shuuki de fune wo terashidasu
Inori wo sasagete atarashii hi wo matsu
Azayaka ni hikaru umi sono hate made

And every time I see your face,
The oceans heave up to my heart
You make me wanna strain at the oars,
And soon I can see the shore

Unmei no fune wo kogi
Nami wa tsugi kara tsugi e to
Watashitachi wo osou kedo
Sore mo suteki na tabi ne
Dore mo suteki na tabi ne


p/s:sila nyanyi lagu ini dengan kreativiti anda sendiri :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masih Berharap.....

Assalamualaikum,

Pagi2 lagi kawan baek aku dah buat aku gembira.
Dia bermimpi aku berpimpin tangan dengan si dia.
Kami berdua gembira. Gembira dengan hidup baru.
Mungkinkah ini realiti kehidupan aku yang bakal aku hadapi?
Doa yang paling kudus untuk impian ini.
Tuhan. dengarkanlah kehendak hamba-Mu ini.
Aku sujud dengan hati paling rendah diri pada-Mu.
Kau yang berhak menentukan yang terbaek untukku.

 just u & me. just us.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam,

Kalau kau mahu hidup atas penderitaan aku.
Aku izinkan. Aku benarkan.
Aku mahu lihat sejauh mana kau mampu berbuat demikian.
Untuk manusia yang hidup atas penderitaan orang lain.
Silakan berbuat demikian.
Andai kau mampu buktikan kau mampu bahagia sampai bila-bila.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fida Aishah

Assalamualaikum,


Terima kasih untuk entry2 kamu yang sangat sempurna di mata saya.
Aku mahu menangis.
Boleh kan keluarkan air mata ini.
Semahu2nya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hidup Ini Memang Payah.

Assalamualaikum,

Bila aku sedih saat2 begini, halwa telinga menangkap lagu2 yang membuatkan aku terlalu sebak. Dekat mana lagi boleh dilempiaskan rasa sedih ini kalau bukan di sini.

Bila aku mencari kebahagiaan itu seperti tidak berpenghujung. Bukan mudah nak bina semula kekuatan, kepercayaan yang seperti dah lama mati dalam diri aku. Seperti semuanya dibawa pergi. Pilihan apa yang kita ada dalam hidup? Seperti hidup aku. Aku cemburu melihat manusia lain ada keluarga yang bahagia, bf/suami yang sempurna di hati mereka, memiliki harta sehingga 7 keturunan tak akan habis, memiliki rupa paras yang sempurna. 

Aku tahu aku tidak bersyukur. Kenapa sekurang2nya aku tidak dapat memiliki salah satu tersebut? Aku hilang dia yang aku amat sayang bila dia memilih yang lain. Sampainya hati awk kan. Membiarkan saya terkontang-kanting di sini. Hati ini dah seperti hati batu. Aku dah kunci rapat2 ia, dah mangga sekejap2nya. Dan aku buang terus kunci itu. Aku tau tak akan ada manusia lain yang akan jumpa kunci itu. Kalau jumpa sekalipun hati ini dah mati!

Sayang yang sebesar2 alam aku berikan. Seperti memakan diri aku sendiri. Hati ini sangat letih sampai aku terasa putus semangat, mahu menyerah kalah dengan hidup. Kenapa hidup ini begitu payah untuk manusia seperti aku. Kadang2 bila kita berpura-pura senyum, ketawa manusia lain tak akan tahu. Hakikatnya bukan begitu. Apa yang terbuku di hati di mana nak diluahkan. Hidup terasa sangat berseorangan.

Manusia yang aku sayang pergi meninggalkan aku membawa sebelah hati dia. Jasad ini wujud cuma palsu dalam dah mati!

Aku mengaku dalam hidup aku cuma mahu dia. Sebelah hati suruh tunggu, sebelah lagi kata jangan. Akal atau hati yang nak dituruti? Kalau ikut akal mahu mulakan hidup baru. Tapi dari hujung mana? Seperti setiap penjuru ada risikonya. Bila kata mahu ikut hati, mahu bawa diri ini pergi dari sini. Hilangkan ingatan. Tak mahu ada berdekatan dengan manusia2 yang kenal2 aku. Semuanya baru. Biar lebih mudah menguruskan hidup. Tapi aku sedar, tak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan, akan kita miliki. Kenapa begini perjalanan hidup yang sukar?

I feel lost inside myself. That the truth. 
I never want to walk alone in this life..
What option i have in life?
I lost in my own tangles..
I told myself i won't miss you..
But end up my life being so messy..
Life is so difficult..
This leg was very tired to move on..
Being a good girl still won't make the change..
I'm wishing it for to long..
Seems like i've giving up..
I dropped a tear in the ocean..
The day you'll find it is the day i will stop missing you..


: (



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jenis Kawan Yang Macam Taik!

Assalamualaikum & Hai,

Harini aku cuti. Lepas je antar adik aku g sekolah tadi, aku dah tak boleh nak lelap balik. Kesimpulannya mari kita bukak tenet dan berblogging. Yuhhuuu!

Dalam banyak-banyak jenis kawan, kawan jenis apakah yang paling anda rasa macam tahi. Maksud aku perangai kawan tersebut. Dalam konsep hidup aku, satu je perangai kawan yang jenis macam tahi adalah yang jenis 'KAWAN MAKAN KAWAN'

ihsan inche google:aku tikam hang! aku tikam hang! jaga2!


Maksud jenis tersebut bukanlah jenis kawan yang p makan daging kawan dia sendiri. Itu dah dikategorikan sebagai karnivor. Kalau anda jenis kawan yang macam ni baeklah ditinggalkan. Bukan apa takut korang nanti sama2 dah macam keturunan zombie.

Sebenarnya tetiba timbul isu di pepagi buta cenggini adalah disebabkan wujudnya kisah benar yang terjadi dalam hidup kawan baek aku. Bukan dalam hidup aku ye. Alhamdullilah, belum ada lagi kawan2 aku yang macam ni dalam hidup aku. Kalau ada memang lar aku amik senapang gajah dan shoot tepat je kat dahi dia. Pastu otak dia aku reneh buat sup nak kasik orang utan makan. Kawan2 saya yang sekalian sila jangan takut dengan saya ye.

Sebenarnya aku ada sorang kawan baek ni, memang kamceng lar. Susah senang hidup aku memang dia tau lar. Segala masalah aku memang banyak dia tau. Aku ni yang memang dikategorikan sedikit kawan baek. Ataupun dalam bahasa yang lebey mendalam "sahabat karib". Siryes! Mungkin sebab peribadi aku yang jenis tak bape nak amik kesah hal orang laen & jenis yang bukan senang nak cite masalah kat orang laen. Ya, itu aku. 

Membe baek aku ni dia bermembe baek dengan lagi sorang kawan aku. Tapi detuh bukanlah kawan baek aku. Sekadar kawan biasa. Kenal, tapi tak lar rapat macam mana si polan ni ngan dia. Ok, aku gelarkan kawan baek aku A dan kawan biasa 2 B.

Dorang rapat since dorang selalu deal pasal kerja. Dulu, life aku ngan ex aku je. So bila kawan2 hang out jarang ada. Gf ssejati lar katanya. Then, sekarang si A dah balik ke tanah air dia sendiri, dan si B masih kat tempat keje lama dia lagi.

Nak dijadikan cerita, si A ni ada amanahkan satu barang kat si B and sekarang si A ni nak amik lar balik barang 2. Tapi si B ni dah tipu dia kaww2 mia and bagi macam2 alasan konon2 macam taknak pulangkan barang 2. At last si A ni dapat tangkap dia kat mana, and mintak dia pulangkan barang  tersebut. Dalam waktu perbincangan 2 pon, si B ni masih lagi berdolak-dalik pasal barang 2. Aku pon sendiri konpius ngan perangai si B ni. Memang agak lar tak sangka perangai dia camtu. At last si B pulangkan balik barang 2 kat si A dan dia tak bagi ape2 explanation pon kat si A ni. Si A ni bengang ar. Apehal kawan baek dia yang dia baek gila babi sanggup tikam dia dari belakang. ? Aku pon takde jawapan.

Sebenarnya, aku pon pernah gaduh ngan si A ni. Masa 2 aku bersekongkol dengan si B and ade lar lagi membe kitorang yang laen. (gila keji perangai aku, HAHA!) Tapi bila aku dapat satu opis ngan si A ni aku ni jenis yang "alah, takkan satu opis pon nak masam muka, amik yang keruh buang yang jernih lar kan". Aku mintak maaf kat si A ni and at last aku ngan dia memang kamceng ar. Setakat nak melawak2 kasaq 2, alah toksah dok taching sgt lar. 

And sekarang ni aku tak tau lar depa dorang ni dah baek ke belum. Aku tak tau si B ni dah bagi explanation kat si A ni ke belum. Lagipon si A cakap kat aku dia pon dah ada life baru.Takat nak gaduh2 ala2 budak2 ribena dia kata dah habis dah zaman 2.

Masa aku dok umah sewa dulu pon budak2 dalam umah aku memang ada sesetengah yang bermulut celaka. Tapi depan kita haram! Pijak semut pon tak mati. Hebat tak hebat manusia macam ni! Si A ni memang ramai gak ar yang dengki ngan dia. Aku pon tak tau pasaipa.  Ada sorang kakak 2 satu umah ngan kitorang sanggup buat fitnah pasal dia ngan ex aku kat aku. Aku ni bukan yang jenis cepat pecaya cakap orang. If betol pon, lantak lar. Aku dah clash pon ngn ex aku masa 2, if si A ni nak aku x kesah pon. HAHA! Yang lagi sorang 2 tabur fitnah kat dia kata dia dok makan duet bebdk umah sewa. Celah kangkang mana dia amik duet pon aku x tau. Kalau makan ratus2, logik lar jugak, ni alahai bersen2 je pon. Itu pon nak bekira ka?  Bila aku selidik2 balik, and aku tanya balik kat si A ni dia kata dia tak penah buat pon 2 suma. Dia explain ar kat aku. Memang depa banyak dok wat taik ar kat dia. Aku bukannya nak marah dia pon, just nak dapatkan kepastian cite2 2. Tapi dalam masa yang sama aku kesian kat si A ni. 

Bila kita berkawan, kita akan jumpa macam2 jenis manusia. Ada yang baek, ada yang jahat, ada yang depan baek belakang bukan maen, and ada jugak yang jenis memang suka dengki kat orang. Dalam banyak2 kategori kawan, kawan yang jenis tikam belakang ni lar paling aku pangkah. Kalau hang kawan ngan aku setakat nak jaja cerita aku, baek tak yah bekawan lar weh. Baek hang secara terangan2an tunjuk tanda yang hang memang tak suka kat aku. Aku pon steady, takdelah lagi menyampah ngan muka hang.

Betol lar orang cakap kan, nak carik kawan sejati ni bukan mudah. Susah senang boleh tolong kita. Kalau kawan yang time senang 2 memang ramai, tak yah carik pon dia boleh ada sendiri. Tapi nak carik yang boleh sama2 kita time susah haila, memang lar boleh kata 1 dalam 100 kot.

Bila kita banyak berkawan kita akan kenal macam2 jenis peel manusia. Itulah pentingnya kita kenal orang. Tapi bagi aku kalau kau jumpa kawan yang macam pukimak kau tak yah lar berkawan ngan dia. Buat sakit hati kau, buat kau rasa macam nak p bunuh diri. Kadang2 disebabkan mulut kawan2 kita yang macam longkang, boleh jadi fitnah dan boleh jadi perbalahan yang besar dekat diri kita. Kesimpulannya, carilah kawan2 yang bermafaat untuk diri sendiri. Tak salah kita nak berkawan ngan kawan2 yang dikategorikan sebagai "bad person" tapi pandai2 lar bawak diri. Insyallah, kawan yang baek akan memberi impak yang baek kat diri sendiri :)


ihsan inche google:jangan musnahkan nilai persahabatan yang suci hanya kerana perasaan dengki 

p/s: sy sayang kawan2 sy!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Assalamualaikum & Hai,

Wah! Arini dah hari jumaat . Kenapa aku suka hari jumaat? Sebab esok hari sabtu. Ari untuk rehat dan hari untul bersuka ria. Hah,lagi satu sebab aku suka hari jumaat, sebab arini ade MAHARAJA LAWAK words dalam capslock sebab tiba2 semangat untuk ketawa sudah datang. HAHAHAHA!

Hari jumaat ialah penghulu segala hari. So, guys enjoy ur weekend ya. 

marilah kita bersuka ria. YEEEHAAAA!


p/s:sebenarnya niat weekend ni nak masak. macam gadis melayu terakhir tak aku?  macam tak?  jwb lar macam.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Things I Hate About You

Assalamualaikum & Hai,

Bukan mengenai 10 perkara yang aku benci mengenai kau, tapi ini berkenaan siri tv yang baru aku tengok. 10 things i hat about you.

First time aku tengok cite ni. Quite interesting gak. Tetiba aku stop pegang remote dan teruskan menonton cite ni.

Banyak yang aku tak bape nak tau sangat pasal cite ni. So, sekarang ni aku siap set time kat dalam henset aku supaya every thursday sharp 10 o'clock henset aku akan berbunyi tepat jam ini. Ah, hebat jugak penangan dia.
So sekarang aku nak sambung research tentang cite ni ngan lebey mendalam.


salah satu sebab aku tengok cite ni because of him. addicted to him oledi! badan ketul2 siot! terghairah sekejap.



p/s: sesape yang ade story pasal cite ni meh lar sembang2 ngn aku. jgn lar kedekut ilmu sgt aih.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Pecinta Kucing!

Assalamualaikum & Hai,

Dalam banyak2 binatang, binatang apa yang korang suka? Iguana? Geli lah. Ikan? Sedap lagi kalau goreng. Burung? Kesian.. Anjing? Haram lar weh. Babi? Bapak segala haram! HAHA!

Dalam banyak2 binatang, aku paling obses dekat kucing. Sebenarnya faktor keturunan kot yang mempengaruhi minat aku nih. Dekat umah aku ada lar kot dalam 15 ekor kucing. Tapi bukan semua aku punya, setengah tok aku yang bela dari dulu, ada jugak adik aku yang bela. Tapi at last, muka aku ni jugak lar membelanya : )

Lain orang lain lar citarasanya kan. Ada setengah orang suka bela iguana. Apa yang menarik pasal binatang ni pon aku tak tau lar. Pegang ekor dia pon, rasa keras macam kayu! Takde feel langsung nak belai2 manja! 

Ada jugak orang yang suka bela ikan. Aku kurang suka nak bela ikan mungkin sebab aku rasa sebab aku tak boleh nak belai2 dia. Kalau burung pulak aku kesian tengok dia kena kurung dalam sangkar yang tak berape nak emas tu. Tapi jangan lar anda semua membela anjing dan babi ye. Walaupun kadang2 aku rasa ade anjing yang comel nak mampos. Kite kan orang Islam. Haram tuh!

Berbalik kepada kucing. Kenapa kucing? Salah satu sebab mengikut sunah Rasulullah. Rasullullah memang sangat2 menyanyi  menyayangi binatang ini, Parents aku pon jenis yang suka kucing. Bapak aku bila dia tengok kucing dalam  rumah, nanti dia dok cakap ngan kucing2 2 macam dia dok cakap ngn adik aku yang kecik. Mak aku pulak bila nampak kucing yang comel2 mesti dia akan cium & wat mulut geram. Tabiat ni dah tertumpah ke atas aku. Adik aku yang paling kecik dia akan mein2 ngn kucing2 2. Tapi dalam versi ganas. Nama pon laki kan. Tapi kucing ni sume mesti akan macam bodo je bile dok atas dia. Aku pon tak tau pasaipa. Mungkin adik aku ni ada ilmu kot. HUHU!

So persekitaran aku membuatkan aku ni memang lar sangat obses kat kucing. Aku memang sayang tahap berok kat binatang ni, If ada masalah mesti aku nanti p kat kucing2 aku cakap lar ngn dorang. Even depa tak paham sepatah haram pon, tapi mesti aku akan senyum je bila tengok muka depa yang kiut-miut 2. 


Tapi nak jaga binatang ni pon bukanlah senang. Tambah kalau dah banyak kan. Mana nak jaga anak kucing, mak dia lagi. Pastu tak besar lagi, yang sekor ni dah bunting plak. Pastu bila sakit, kesian tengok dorang. If rajin aku p lar bawak veterinar. Kalau tak aku bagi makan air kelapa. I'allah penyakit dia akan ok. Petua membe aku. Mari kita usha kucing2 aku .


nama dia LARA. dah bunting, ghaplah sat dok pikiaq nak buh kat mana plak anak2 deni.

ni xde nama. tengok anak dia dok menyusu. ada lagi 2 saja je xmau inteprem.

aku malas dah nak buh nama. tapi deni comel tahap ketam lar. aku selalu cium dia!

ni anak manja. xde nama gak. 

MANJA dan anak dia. xde nama. bley pggl suka hati.

ni kesayangan adik aku. BOBOI namanya. dah mandul. kesian.


Tak kesah lar binatang apa pon, jangan sesekali kita aniaya binatang. Aku penah nampak ada manusia yang bangang, tak silap aku kat singapore, meysia pon ada tergamak dia pukul anjing and dera kucing 2. Memang tahap bangang nak mampos manusia macam ni! Kalau aku jumpa orang macam ni aku ketuk kepala dia ngan hammer sampai pecah! 

Dalam hidup kita kita bukan setakat berbakti sesama manusia saja, tapi Tuhan suruh jugak kita berbakti pada makhluk laen . Macam alam semulajadi dan haiwan. Renung2kan dan selamat beramal ~



p/s:aku selalu cakap kat mak aku "dari bela manusia, baek lar bela kucing. ati pon tak sakit"


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Sejuta Tahniah Untuk Sarimah Hamzah~

Assalamualaikum & Hai,

Di renjis renjis di pilis 
Di tepungi lah tawar 
Hai beras kunyit di tabur 
Disiram si air mawar

Duduk muda sejoli 
Atas pelamin berseri 
Dihias intan baiduri 
Sebagai raja sehari


~merpati dua sejoli~

Sejuta tahniah aku nak ucapkan kat Sarimah Hamzah & pasangan, Ijat. Alhamdullilah, selamat jugak korang disatukan. Maaf, maaf, maaf (sambil action macam Nabil dlm ML) sebab aku tak dapat pegi majlis akad nikah korang berdua. Insyaallah kenduri nanti mesti aku mai! Promise.
Aku senyum sensorang kat sini. Macam tak sangka ek, tup tup dah nikah dah pon kawan aku sorang ni. Imah, kawan aku ni masa susah & senang. Kira one of my bestie ar. Dulu teringat masa kita dok umah sewa . Most of time memang ngan hang. Pegi memana pon memang ngan hang. Banyak gila dowh pertolongan hang kat aku. Dunia akhirat tak terbalas. Allah je yang dapat balas tuh sume .  :) 
AH! Tetibe aku sedey. Sorang2 kawan aku dah selamat mendirikan rumah tangga. Jeles? Sudah semestinya! Jodoh aku 'belum tiba masanya' . Bak kata Nazneen Najib. Macam-macam kan yang hang dah lalui ngan ijat. Masih teringat2 lagi waktu kita dok kl dulu, macam2 dugaan, pahit, manis hang dengan dia. Kalau Tuhan kata  dia jodoh kita, sejuta dugaan pon tetap begitu ketentuannya. Aku tumpang hepy yang sangat2 untuk korang!
Takde yang lebey gembira untuk aku bila kawan-kawan aku gembira dalam perjalanan hidup mereka. Selamat melangkah ke fasa baru meninggalkan fasa lama. Dan kaki menuju ke alam perkahwinan yang semestinya lebey mencabar. Doa aku untuk kalian semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat, semoga dapat melalui dugaan yang bakal mendatang dengan lebih sabar dan matang. Congrates again babe!

cantek sgt!
sebak jap. ur life not same as da old anymore. begin new chapter.
ececece!

  
muka hang dah cun imah, tapi awat muka ijat cam mintak aku lesing ja! HAHA!


p/s:sila cepat2 dapat baby ye. seronoknya!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pasti berjaya di Akademi Fantasia! Yeah!

Assalamualaikum & Hai,

ni lar student2 AF9 . 


Baru lepas tengok AF9. Sebenarnya semangat nak hapdate belog ni . HIHI! 

Mari kita sembang sket ala2 kat kedai kopi pasal AF9 ni. Over da roll ok lar kot contestant2 die. Cuma ade lar yang aku rasa beberapa orang yang kena touch up sket. Besa lar kan, dorang ni sume kira hingusan lagi kan. Yang tukang tolong gilap dia mia tenaga pengajar lar. AISEYMAN! kau hidayah kemain komen memanjang. Memang lar aku dulu nak jadi juri dia, tapi cikgu mati so pembelajaran tersangkut! ngehehe!

Berbalik kat konsert first ni, si Laika ni terkeluar. Betol ke aku eja name deni. Hentam lar weh! Sebutan aku betol kot. Suare die sedap gak lar. (sedap lagi suare aku, angkat bakul buh atas pala!) Tapi cam tak bley stick lar depan tb nengok dia nyanyi. Aku paling suka pon rasanya kat Amir . Suara dia terbaek weh! Cuma bila dia nyanyi lagu Bruno Mars 2, aiseh kecewa eden! Feberet weh lagu tuh. Aku tggu Bruno Mars nyanyi je depan aku. Dia yang janji, tapi memang lar dia janji keling ngn aku! Ngehehe! Aku rasa arrangement music dia cam hampeh lar. Cam x bape nak sedap je halwa telinga aku ni dgr. Just my opinion aku lar kan. Korang mia opinion, tak tau lar pulak.

Ah! Aku nak cite ni sebenarnya. Aku agak jeles ngan si Ika ngan Aida 2. Sebab Ika tuh satu group ngan aku masa audition kt Bukit Jalil arituh. Tak sangka pulak dia dapat. Jeles sih! Seb beik dia pandai menari!Terbaek! Yang si Aida 2 pon sama gak, aku siap nampak dia berborak2 ngan si Aril lagI ! Jeles lagi!
Alah, jeles2 manje je pon. Rezeki masing2 kan. Aku lepas stage 1 je. Stage 2 haram gila susah . Kalau boleh repeat, memang aku request nyanyi lagu laen!Nak try next AF dah takdak pulak. Hmmh, nanti ade lar tuh rancangan yang seangkatan dengannya. We'll see lar babe!

Ape pon enjoy gak lar tgk AF ni. Sebab takde mende kan. Menghadap tb jelan eden! Tapi klu prefer show kat astro ni, memang lar MAHARAJA LAWAK gak pilihan aku yang paling utama! Semangat untuk ketawa tetiba datang! All da best untuk sume peserta dia. Harap ade bakat2 baru yang unik akan mewarnai industri  hiburan kita. Tak mau lar harap muka ja, tak kenyang pon. Bakat kena seiring baru lar PASTI BERJAYA DI AKADEMI FANTASIA! NGEHEHEHE!


p/s:sy nyanyi karok pandai ar. ada bran ka mau celen sy?? HAHA!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Aku Gelak Guling-Guling Tengok MAHARAJA LAWAK!

Assalamualaikum & Hai,

Ingat nak buat entry pasal MAHARAJA LAWAK semalam malam. Aiseh, hati tengah kusut, entry pon kena lar tunda kan. HUHU!

Satu perkataan je yang sesuai untuk rancangan ni, BANGANG! Asal aku cakap bangang. Bukanlah bermaksud aku marah atau bengang ngan cite ni. Tapi kerana tahap kelawakan yang tahap melampau tu yang buat aku berkata sedemikian. 

HAHAHAHAHAHAHAHA! Aku nak gelak sat. Bukan apa tetibe teringat scene JAMBU. Macam nak p pijak ja muka dia. Buat lawak tak hengat manusia laen langsung! Tahap melampau sangat ini! Aku gelak sampai lar sakit perut. Bukan nak berak. Kelakar sangat! 

Scene best. "Tok ketua, tok ketua, tok ketua" Mata Yus ngan Taukey dari kanan ke kiri. At last, Yus bengang buat muka comel cam kanak2 riang hentak2 kaki. Aku hentak jugak dada si Yus ni! HAHA! Dorang mia muka asal camtuh eh?! Tak hengat betoi lar! Belum cakap lagi, baru tgk muka pon dah lawak. Awat lar ada manusia macam ni dalam dunia!

JOZAN pon best. Nak wat camana. Dah aku mmg minat tahap jin lar kt zizan ni. Frust jap sebab dia kalah ABPBH. Takpa2, sam pon ok gak!

Pasaipa Johan bley wat suare Yusuf Haslam dengan begitu bergaya sekali ye? Awatlah hang bukan boypren aku. CIS! Berangan tahap biawak ye!

Scene best ,"Asal balik je mabuk,asal balikje mabuk. Papa nak lepas ni kau keluar mabuk balik tak mabuk"HAHAHAHA! Boleh pulak bapak dia cakap cam2. Mintak kaki betoi lar JOZAN ni.!

Contestant laen pon ada gak aku suka. SEPAH, dulu aku tak suka sekarang bila aku tengok muka depa terus aku suka. Memang lar aku kena carik suami ciri2 dia kelakar. Hidup penuh dengan awet muda! NABIL pon best. Ingatkan drama je ade bersiri, lawak pon ade ek. Boleh lar Nabil, asal kau bahagia sudah!

Semua best, cuma Amir 2 tak lar kelakar sangat, tapi kenapa org ketawa? Ketawa kat dia or ketawakan dia. Maksud yang berbeza ye kawan2 sekalian. Wallahualam..

To all peserta MAHARAJA LAWAK, teruskan buat lawak antarabangsa yang melampaui batas, sebab bila tengok hampa, hilang sket stres di hati. !

p/s:mandi dulu. bertafakur lama sangat atas katil, letih kot beb!kantoi!


HAHAHAHAHA! AWAT MUKA HAMPA NI LAWAK SANGAT! 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kusut Menutup Hati

Assalamualaikum & Hai,

Tetiba mahu menulis di awal2 pagi cenggini. Mungkin sebab hati tengah kusut kot. Aiseh, rasa lama pulak tak mengarang panjang2 ala2 di zaman persekolahan. ARGH! sudah! memang lar hati tengah kusut. Jalan terbaek meletakkan tangan di atas keyboard. Terus menaip tak kesah lar pasal apa pon. Asalkan at the end penyelesaiannya dapat melelapkan mata.

Tak tahu kenapa lately ni aku rasa penulisan aku seperti skema2 ayam je. Haila, kebarangkalian kepala untuk berfungsi dengan lebih jujur menyebabkan begini. Tapi kadar kemungkinan lebih banyak bila aku selalu baca blog cik zara. I dunno why but sincerely deep inside me i really adore dis gurl. Ah, cara penulisan dia persis seorang novelis. Selalu dia bercerita pasal hati dan perasaan, cinta dan sayang. DAMN! Aku memang tersangat lar kusut lately ni. Tak dapat dinafikan lagi. Masalah peribadi yang agak aku rasa memang DISASTER! DAMN! I really give up man!

WTH! Apa yang tak kena dalam hidup ini. Must said dis. Life macam bullshit kan! God, bila iman setipis bawang hati juga serapuh ais. 

Kita pilih begini kita harus lalui begini. Kita pilih begitu kita harus lalui begitu. One guy told me before. Dalam hidup bukanlah kesusahan untuk membuat sesuatu pilihan itu, tapi bagaimana memahami pilihan yang kita telah pilih itu. Macam sukar kan. Tapi this sentence is true. Life is an option. Macam mana mahu buat pilihan yang betul kalau kita tak mencuba pilihan2 yang ada. Salah atau betul belakang kira kan. At the end, u have to face it. Dat is ur decision! Agreed??

I feel dat i've go through a lot in dis life. Ah! macam kena mengaku yang hidup aku memang lar tersangat pahit dan bersimpang siur. Pahit macam hempedu. Simpang siur macam jalan. Jalan, jatuh, bangun, jatuh balik, bangun balik. Masih dalam situasi yang sama. Salah siapa sebenarnya. Tersasar lagi iman aku. Allah kan ada. 
Maher Zain said, 
"Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah"

Insyallah .. semuanya akan sempurna satu hari nanti. Allah merencanakan yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya yang sabar. Aku manusia yang cukup sabar ke? Sudah cukup ke iman di dada? Allah sayangkan hamba-Nya . Sebab itu diberi ujian mengikut kemampuan diri hamba itu.

Suddenly. i feel dat i miss my old time. Masa kecil2. Tak perlu fikir banyak. Tanggungjawab tak banyak. Masa remaja. Yeah! i have to admit it, masa remaja aku yang sangat bosan. Tapi masa ini titik permulaan hidup aku mengenal dunia. Masa belajar. Seronok! Enjoy dengan kawan2. Tapi masa ini aku terjatuh. Berani bermain cinta. AH! cinta memang best! Tipu kalau kata cinta itu tak best. Tak sedar cinta itu menjahanamkan diri. Sanggup masukkan diri dalam lumpur cinta yang kotor. Aku bodoh ke? Ya, aku yang bodoh! Tak perlu salahkan sesiapa. Tapi aku benar-benar rindukan kehidupan aku yang dahulu. Sayang, masa tidak boleh diputar. 

Tanggungjawab besar sekarang. Kerja, kerja, kerja. Request jadi anak menteri  boleh tak? Supaya hilang bebanan ini. Mimpi di siang hari. Jangan berangan melampau had pemikiran hidayah. At last! Sakit hati, sakit jiwa! Manusia lain tengok aku ketawa banyak, bukan bererti hati aku setenang tasik. Bukan prinsip aku menghebohkan satu dunia perihal aku. Kadang-kadang mahu bersendirian. Teringin menghadap tasik yang tenang macam movie LAGENDA BUDAK SETAN, teringin duduk atas rumput yang segar, sambil baringkan kepala mendongak langit di padang rumput yang luas, teringin duduk di tengah-tengah kebun bunga yang penuh dengan bunga matahari. Teringin pergi jauh ke satu tempat yang tak ada satu pon manusia. Alangkah indah jika impian ini termakbul! Mimpi lagi.

Banyak mana keinginan itu, seperti sedang bermimpi. Bezanya tertunaikah ia. Mungkin ia mungkin tidak. Seperti hilang arah dalam hidup bila kekusutan betul-betul merosakkan minda dan diri. Kalah berjuang atau kalah kerana mengangkat bendera putih. Tuhan masih mahu aku berfikir dengan waras. Ya, aku pilih berjuang sampai akhir. Kalah menang itu no 2. Ya, hidup sangat mencabar. 

p/s: kalau waktu boleh diputar balik, aku mahu diputar pada waktu itu supaya semua kesalahan dapat diperbetulkan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LOVE between HUMAN does not important to me ANYMORE...

Assalamualaikum 


Love between human does not important to me anymore..
Don't ask why... 
That just it...
I don't have the answer..
My heart was so cold until it become like ice..
Believe it or not..
Just it is so hard to break it off..
But i still believe in love...
Love for God, family, friend's, animals..

I believe in God...
Let God decide the best for me..
As i'm not try it anymore...
Please don't force me anymore..
This brain is tired anymore..
This heart is tired to fall in love again and again..
Just let me be this way...
Until one time God give me the hint for the love..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Assalamualaikum..


Hati pun bisa luruh..
Hati pun bisa sakit..
Bukan mudah melalui semuanya..
Aku takut.. Gentar ini semua.
Kaki aku seperti lemah.. 
Berjalan di atas duri..
Kiri berliku..
Kanan gelap gelita..
Depan bersimpang siur..
Jalan mana mahu diturut..
Tidak punya banyak pilihan..

Aku di sini memohon kekuatan Dia..
Dititip kekuatan diberi kelebihan..
Termanggu-manggu bertanya..
Kenapa ini disuratkan kepada diri..
Kenapa aku? Kenapa bukan dia? Kenapa bukan mereka?
Ya.. Aku ingat ini kesilapan aku keterlanjuran aku dahulu..
Jujurnya tidak aku pinta..
Takdir menginginkan begitu.. Lalu aku melalui begitu..
Dan takdir takdirkan begini untuk kehidupan aku..

Dia bersalah juga.. 
Ya.. dia tetap salah.. 
Hati aku sudah mula membenci dia..
Ya.. aku tau aku berdosa..
Tapi mengapa begini pengakhirannya?


Allah! Allah! Allah!
Hati ini sudah menangis..
Kemana mahu diubat ..Kemana mahu dibawa..
Tiada... 
Dan tak akan ada sampai bila-bila..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS