Kusut Menutup Hati

Assalamualaikum & Hai,

Tetiba mahu menulis di awal2 pagi cenggini. Mungkin sebab hati tengah kusut kot. Aiseh, rasa lama pulak tak mengarang panjang2 ala2 di zaman persekolahan. ARGH! sudah! memang lar hati tengah kusut. Jalan terbaek meletakkan tangan di atas keyboard. Terus menaip tak kesah lar pasal apa pon. Asalkan at the end penyelesaiannya dapat melelapkan mata.

Tak tahu kenapa lately ni aku rasa penulisan aku seperti skema2 ayam je. Haila, kebarangkalian kepala untuk berfungsi dengan lebih jujur menyebabkan begini. Tapi kadar kemungkinan lebih banyak bila aku selalu baca blog cik zara. I dunno why but sincerely deep inside me i really adore dis gurl. Ah, cara penulisan dia persis seorang novelis. Selalu dia bercerita pasal hati dan perasaan, cinta dan sayang. DAMN! Aku memang tersangat lar kusut lately ni. Tak dapat dinafikan lagi. Masalah peribadi yang agak aku rasa memang DISASTER! DAMN! I really give up man!

WTH! Apa yang tak kena dalam hidup ini. Must said dis. Life macam bullshit kan! God, bila iman setipis bawang hati juga serapuh ais. 

Kita pilih begini kita harus lalui begini. Kita pilih begitu kita harus lalui begitu. One guy told me before. Dalam hidup bukanlah kesusahan untuk membuat sesuatu pilihan itu, tapi bagaimana memahami pilihan yang kita telah pilih itu. Macam sukar kan. Tapi this sentence is true. Life is an option. Macam mana mahu buat pilihan yang betul kalau kita tak mencuba pilihan2 yang ada. Salah atau betul belakang kira kan. At the end, u have to face it. Dat is ur decision! Agreed??

I feel dat i've go through a lot in dis life. Ah! macam kena mengaku yang hidup aku memang lar tersangat pahit dan bersimpang siur. Pahit macam hempedu. Simpang siur macam jalan. Jalan, jatuh, bangun, jatuh balik, bangun balik. Masih dalam situasi yang sama. Salah siapa sebenarnya. Tersasar lagi iman aku. Allah kan ada. 
Maher Zain said, 
"Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah"

Insyallah .. semuanya akan sempurna satu hari nanti. Allah merencanakan yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya yang sabar. Aku manusia yang cukup sabar ke? Sudah cukup ke iman di dada? Allah sayangkan hamba-Nya . Sebab itu diberi ujian mengikut kemampuan diri hamba itu.

Suddenly. i feel dat i miss my old time. Masa kecil2. Tak perlu fikir banyak. Tanggungjawab tak banyak. Masa remaja. Yeah! i have to admit it, masa remaja aku yang sangat bosan. Tapi masa ini titik permulaan hidup aku mengenal dunia. Masa belajar. Seronok! Enjoy dengan kawan2. Tapi masa ini aku terjatuh. Berani bermain cinta. AH! cinta memang best! Tipu kalau kata cinta itu tak best. Tak sedar cinta itu menjahanamkan diri. Sanggup masukkan diri dalam lumpur cinta yang kotor. Aku bodoh ke? Ya, aku yang bodoh! Tak perlu salahkan sesiapa. Tapi aku benar-benar rindukan kehidupan aku yang dahulu. Sayang, masa tidak boleh diputar. 

Tanggungjawab besar sekarang. Kerja, kerja, kerja. Request jadi anak menteri  boleh tak? Supaya hilang bebanan ini. Mimpi di siang hari. Jangan berangan melampau had pemikiran hidayah. At last! Sakit hati, sakit jiwa! Manusia lain tengok aku ketawa banyak, bukan bererti hati aku setenang tasik. Bukan prinsip aku menghebohkan satu dunia perihal aku. Kadang-kadang mahu bersendirian. Teringin menghadap tasik yang tenang macam movie LAGENDA BUDAK SETAN, teringin duduk atas rumput yang segar, sambil baringkan kepala mendongak langit di padang rumput yang luas, teringin duduk di tengah-tengah kebun bunga yang penuh dengan bunga matahari. Teringin pergi jauh ke satu tempat yang tak ada satu pon manusia. Alangkah indah jika impian ini termakbul! Mimpi lagi.

Banyak mana keinginan itu, seperti sedang bermimpi. Bezanya tertunaikah ia. Mungkin ia mungkin tidak. Seperti hilang arah dalam hidup bila kekusutan betul-betul merosakkan minda dan diri. Kalah berjuang atau kalah kerana mengangkat bendera putih. Tuhan masih mahu aku berfikir dengan waras. Ya, aku pilih berjuang sampai akhir. Kalah menang itu no 2. Ya, hidup sangat mencabar. 

p/s: kalau waktu boleh diputar balik, aku mahu diputar pada waktu itu supaya semua kesalahan dapat diperbetulkan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

melle amir berkata...

wah updet pukul tiga pagi

yaya berkata...

x bley tido mel.

Catat Ulasan