Hidup Ini Memang Payah.

Assalamualaikum,

Bila aku sedih saat2 begini, halwa telinga menangkap lagu2 yang membuatkan aku terlalu sebak. Dekat mana lagi boleh dilempiaskan rasa sedih ini kalau bukan di sini.

Bila aku mencari kebahagiaan itu seperti tidak berpenghujung. Bukan mudah nak bina semula kekuatan, kepercayaan yang seperti dah lama mati dalam diri aku. Seperti semuanya dibawa pergi. Pilihan apa yang kita ada dalam hidup? Seperti hidup aku. Aku cemburu melihat manusia lain ada keluarga yang bahagia, bf/suami yang sempurna di hati mereka, memiliki harta sehingga 7 keturunan tak akan habis, memiliki rupa paras yang sempurna. 

Aku tahu aku tidak bersyukur. Kenapa sekurang2nya aku tidak dapat memiliki salah satu tersebut? Aku hilang dia yang aku amat sayang bila dia memilih yang lain. Sampainya hati awk kan. Membiarkan saya terkontang-kanting di sini. Hati ini dah seperti hati batu. Aku dah kunci rapat2 ia, dah mangga sekejap2nya. Dan aku buang terus kunci itu. Aku tau tak akan ada manusia lain yang akan jumpa kunci itu. Kalau jumpa sekalipun hati ini dah mati!

Sayang yang sebesar2 alam aku berikan. Seperti memakan diri aku sendiri. Hati ini sangat letih sampai aku terasa putus semangat, mahu menyerah kalah dengan hidup. Kenapa hidup ini begitu payah untuk manusia seperti aku. Kadang2 bila kita berpura-pura senyum, ketawa manusia lain tak akan tahu. Hakikatnya bukan begitu. Apa yang terbuku di hati di mana nak diluahkan. Hidup terasa sangat berseorangan.

Manusia yang aku sayang pergi meninggalkan aku membawa sebelah hati dia. Jasad ini wujud cuma palsu dalam dah mati!

Aku mengaku dalam hidup aku cuma mahu dia. Sebelah hati suruh tunggu, sebelah lagi kata jangan. Akal atau hati yang nak dituruti? Kalau ikut akal mahu mulakan hidup baru. Tapi dari hujung mana? Seperti setiap penjuru ada risikonya. Bila kata mahu ikut hati, mahu bawa diri ini pergi dari sini. Hilangkan ingatan. Tak mahu ada berdekatan dengan manusia2 yang kenal2 aku. Semuanya baru. Biar lebih mudah menguruskan hidup. Tapi aku sedar, tak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan, akan kita miliki. Kenapa begini perjalanan hidup yang sukar?

I feel lost inside myself. That the truth. 
I never want to walk alone in this life..
What option i have in life?
I lost in my own tangles..
I told myself i won't miss you..
But end up my life being so messy..
Life is so difficult..
This leg was very tired to move on..
Being a good girl still won't make the change..
I'm wishing it for to long..
Seems like i've giving up..
I dropped a tear in the ocean..
The day you'll find it is the day i will stop missing you..


: (



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

fatinizzati berkata...

uyt. emosi je entry ni. be strong keyh :)
peaceee :P

Catat Ulasan