Assalamualaikum..


Hati pun bisa luruh..
Hati pun bisa sakit..
Bukan mudah melalui semuanya..
Aku takut.. Gentar ini semua.
Kaki aku seperti lemah.. 
Berjalan di atas duri..
Kiri berliku..
Kanan gelap gelita..
Depan bersimpang siur..
Jalan mana mahu diturut..
Tidak punya banyak pilihan..

Aku di sini memohon kekuatan Dia..
Dititip kekuatan diberi kelebihan..
Termanggu-manggu bertanya..
Kenapa ini disuratkan kepada diri..
Kenapa aku? Kenapa bukan dia? Kenapa bukan mereka?
Ya.. Aku ingat ini kesilapan aku keterlanjuran aku dahulu..
Jujurnya tidak aku pinta..
Takdir menginginkan begitu.. Lalu aku melalui begitu..
Dan takdir takdirkan begini untuk kehidupan aku..

Dia bersalah juga.. 
Ya.. dia tetap salah.. 
Hati aku sudah mula membenci dia..
Ya.. aku tau aku berdosa..
Tapi mengapa begini pengakhirannya?


Allah! Allah! Allah!
Hati ini sudah menangis..
Kemana mahu diubat ..Kemana mahu dibawa..
Tiada... 
Dan tak akan ada sampai bila-bila..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan