Jenis Kawan Yang Macam Taik!

Assalamualaikum & Hai,

Harini aku cuti. Lepas je antar adik aku g sekolah tadi, aku dah tak boleh nak lelap balik. Kesimpulannya mari kita bukak tenet dan berblogging. Yuhhuuu!

Dalam banyak-banyak jenis kawan, kawan jenis apakah yang paling anda rasa macam tahi. Maksud aku perangai kawan tersebut. Dalam konsep hidup aku, satu je perangai kawan yang jenis macam tahi adalah yang jenis 'KAWAN MAKAN KAWAN'

ihsan inche google:aku tikam hang! aku tikam hang! jaga2!


Maksud jenis tersebut bukanlah jenis kawan yang p makan daging kawan dia sendiri. Itu dah dikategorikan sebagai karnivor. Kalau anda jenis kawan yang macam ni baeklah ditinggalkan. Bukan apa takut korang nanti sama2 dah macam keturunan zombie.

Sebenarnya tetiba timbul isu di pepagi buta cenggini adalah disebabkan wujudnya kisah benar yang terjadi dalam hidup kawan baek aku. Bukan dalam hidup aku ye. Alhamdullilah, belum ada lagi kawan2 aku yang macam ni dalam hidup aku. Kalau ada memang lar aku amik senapang gajah dan shoot tepat je kat dahi dia. Pastu otak dia aku reneh buat sup nak kasik orang utan makan. Kawan2 saya yang sekalian sila jangan takut dengan saya ye.

Sebenarnya aku ada sorang kawan baek ni, memang kamceng lar. Susah senang hidup aku memang dia tau lar. Segala masalah aku memang banyak dia tau. Aku ni yang memang dikategorikan sedikit kawan baek. Ataupun dalam bahasa yang lebey mendalam "sahabat karib". Siryes! Mungkin sebab peribadi aku yang jenis tak bape nak amik kesah hal orang laen & jenis yang bukan senang nak cite masalah kat orang laen. Ya, itu aku. 

Membe baek aku ni dia bermembe baek dengan lagi sorang kawan aku. Tapi detuh bukanlah kawan baek aku. Sekadar kawan biasa. Kenal, tapi tak lar rapat macam mana si polan ni ngan dia. Ok, aku gelarkan kawan baek aku A dan kawan biasa 2 B.

Dorang rapat since dorang selalu deal pasal kerja. Dulu, life aku ngan ex aku je. So bila kawan2 hang out jarang ada. Gf ssejati lar katanya. Then, sekarang si A dah balik ke tanah air dia sendiri, dan si B masih kat tempat keje lama dia lagi.

Nak dijadikan cerita, si A ni ada amanahkan satu barang kat si B and sekarang si A ni nak amik lar balik barang 2. Tapi si B ni dah tipu dia kaww2 mia and bagi macam2 alasan konon2 macam taknak pulangkan barang 2. At last si A ni dapat tangkap dia kat mana, and mintak dia pulangkan barang  tersebut. Dalam waktu perbincangan 2 pon, si B ni masih lagi berdolak-dalik pasal barang 2. Aku pon sendiri konpius ngan perangai si B ni. Memang agak lar tak sangka perangai dia camtu. At last si B pulangkan balik barang 2 kat si A dan dia tak bagi ape2 explanation pon kat si A ni. Si A ni bengang ar. Apehal kawan baek dia yang dia baek gila babi sanggup tikam dia dari belakang. ? Aku pon takde jawapan.

Sebenarnya, aku pon pernah gaduh ngan si A ni. Masa 2 aku bersekongkol dengan si B and ade lar lagi membe kitorang yang laen. (gila keji perangai aku, HAHA!) Tapi bila aku dapat satu opis ngan si A ni aku ni jenis yang "alah, takkan satu opis pon nak masam muka, amik yang keruh buang yang jernih lar kan". Aku mintak maaf kat si A ni and at last aku ngan dia memang kamceng ar. Setakat nak melawak2 kasaq 2, alah toksah dok taching sgt lar. 

And sekarang ni aku tak tau lar depa dorang ni dah baek ke belum. Aku tak tau si B ni dah bagi explanation kat si A ni ke belum. Lagipon si A cakap kat aku dia pon dah ada life baru.Takat nak gaduh2 ala2 budak2 ribena dia kata dah habis dah zaman 2.

Masa aku dok umah sewa dulu pon budak2 dalam umah aku memang ada sesetengah yang bermulut celaka. Tapi depan kita haram! Pijak semut pon tak mati. Hebat tak hebat manusia macam ni! Si A ni memang ramai gak ar yang dengki ngan dia. Aku pon tak tau pasaipa.  Ada sorang kakak 2 satu umah ngan kitorang sanggup buat fitnah pasal dia ngan ex aku kat aku. Aku ni bukan yang jenis cepat pecaya cakap orang. If betol pon, lantak lar. Aku dah clash pon ngn ex aku masa 2, if si A ni nak aku x kesah pon. HAHA! Yang lagi sorang 2 tabur fitnah kat dia kata dia dok makan duet bebdk umah sewa. Celah kangkang mana dia amik duet pon aku x tau. Kalau makan ratus2, logik lar jugak, ni alahai bersen2 je pon. Itu pon nak bekira ka?  Bila aku selidik2 balik, and aku tanya balik kat si A ni dia kata dia tak penah buat pon 2 suma. Dia explain ar kat aku. Memang depa banyak dok wat taik ar kat dia. Aku bukannya nak marah dia pon, just nak dapatkan kepastian cite2 2. Tapi dalam masa yang sama aku kesian kat si A ni. 

Bila kita berkawan, kita akan jumpa macam2 jenis manusia. Ada yang baek, ada yang jahat, ada yang depan baek belakang bukan maen, and ada jugak yang jenis memang suka dengki kat orang. Dalam banyak2 kategori kawan, kawan yang jenis tikam belakang ni lar paling aku pangkah. Kalau hang kawan ngan aku setakat nak jaja cerita aku, baek tak yah bekawan lar weh. Baek hang secara terangan2an tunjuk tanda yang hang memang tak suka kat aku. Aku pon steady, takdelah lagi menyampah ngan muka hang.

Betol lar orang cakap kan, nak carik kawan sejati ni bukan mudah. Susah senang boleh tolong kita. Kalau kawan yang time senang 2 memang ramai, tak yah carik pon dia boleh ada sendiri. Tapi nak carik yang boleh sama2 kita time susah haila, memang lar boleh kata 1 dalam 100 kot.

Bila kita banyak berkawan kita akan kenal macam2 jenis peel manusia. Itulah pentingnya kita kenal orang. Tapi bagi aku kalau kau jumpa kawan yang macam pukimak kau tak yah lar berkawan ngan dia. Buat sakit hati kau, buat kau rasa macam nak p bunuh diri. Kadang2 disebabkan mulut kawan2 kita yang macam longkang, boleh jadi fitnah dan boleh jadi perbalahan yang besar dekat diri kita. Kesimpulannya, carilah kawan2 yang bermafaat untuk diri sendiri. Tak salah kita nak berkawan ngan kawan2 yang dikategorikan sebagai "bad person" tapi pandai2 lar bawak diri. Insyallah, kawan yang baek akan memberi impak yang baek kat diri sendiri :)


ihsan inche google:jangan musnahkan nilai persahabatan yang suci hanya kerana perasaan dengki 

p/s: sy sayang kawan2 sy!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

putra87­™ berkata...

hoho.. manusia.. rambut sm warna (Kecuali yg rmbut perang n karatkn rmbut)... tp hati n prasaan lain²

Ayu Firzara berkata...

Hai...salam singgah...

Jom jalan2 kat butik saya...

http://firzaracollection.blogspot.com/

Far8 budak baik berkata...

zombi pun zombi lahhh..
hahaha..kawan peting kn..
ibu jauh..kawan jelahh tmpt lps rindu =)

Catat Ulasan