Assalamualaikum,
Aku tak tau nak mula dari mana. Tapi, aku pernah terbaca di satu blog mengenai apa yang aku rasa saat ini.
Seperti dah terlalu lama aku tak berkasih sayang dengan seorang lelaki, dalam erti kata manusia laen bercinta. Seperti dah terlalu lama aku tak melakukan rutin2 pasangan kekasih , bermesej, ber’call’, berjumpa memadu asmara . Siyes! Sangat lama perasaan ini. Dan sesungguhnya Tuhan itu Maha Mengetahui. Ditakdirkan aku menyukai lelaki ini. Lebih mudah disebut teman lelaki baru.
Kebelakangan ni, kami sering bergaduh. Punca? Aku atau dia. Aku rasa lebih kepada diri dia, tapi dia kata kepada aku. ‘ sayang selalu salahkan b. pernah ke sayang tgk kesalahan sayang pulak?” Tetibe aku terfikir apa yang dia cakapkan. Betol, ade betolnya. Mungkin ke aku selalu meminta2 pada dia. Mahu dia jadi begini, mahu dia jadi begitu. Walhal aku rasa mungkin dia sudah jadi yang terbaik untuk aku. Dan aku juga bukanlah seorang yang sempurna untuk dia. Aku jadi sebak dan sedih, bila dia cakap begitu kat aku. Ya, aku admit. Aku terlalu meminta2. Aku memang perempuan yang kasar, dalam erti kata laen, kurang ajar, mulut aku takde insurans. Selalu begurau2 kasar ngn dia. Dan aku sangat tak expect dia juga akan berubah mengikut cara aku. Kenapa b ikut cara sayang? Tak boleh ke b kekal macam mana kita kenal dulu2?
Sayang dah pesan kan waktu kita mula2 kenal dulu. Jangan bagi harapan kat sayang. Jangan cakap b suka, sayang, cinta kat sayang. Kita belum kenal betol2. Tapi b insist jugak nak mengaku benda 2 sume. Then sekarang, bile sayang rase sayang betol2 sayangkan b, kenape sayang dapat layanan macam ni pulak. Kepala jadi kusut bila fikir hal cinta bodoh camni.
Kalau aku masih single, mungkin aku tak perlu melalui masalah2 bodoh mcm ni. Tapi bila aku fikir2 balik, aku tau betapa diri ini sangat kekurangan. Kekurangan dari segi harta, diri, cinta untuk dia. Aku harap dia masih lagi dapat bersabar dengan aku. Aku tak mahu dia pergi. Masih jauh perjalanan hidup aku dan dia. Tapi aku tak mahu paksa hal hati dan perasaan. Aku yang rugi, aku yang sakit. Suddenly aku rasa sangat sedih. Luka lama aku masih ada di hati. Parut belum boleh hilang sepenuhnya. Aku sudah jumpa pengganti. Aku tak mahu membanding2kan kau dengan dia. Dia masa silam aku, kau masa depan aku. Noktah!
Tapi hati ini selalu tipu. Aku tetap nak bandingkan kau dengan dia. Ya, aku salah. Aku admit lagi. Aku dah tanam dalam diri aku nak berubah, aku tak mahu jadi perempuan yang kurang ajar, aku tak mahu jadi perempuan yang selalu meminta2 dalam hal hati dan perasaaan. Aku mahu menjaga hati kau. Baik sekarang, nanti atau sampai bila2. Kau sanggup bantu aku dan tolong aku?
0 comments:
Catat Ulasan