Aku Pecinta Kucing!

Assalamualaikum & Hai,

Dalam banyak2 binatang, binatang apa yang korang suka? Iguana? Geli lah. Ikan? Sedap lagi kalau goreng. Burung? Kesian.. Anjing? Haram lar weh. Babi? Bapak segala haram! HAHA!

Dalam banyak2 binatang, aku paling obses dekat kucing. Sebenarnya faktor keturunan kot yang mempengaruhi minat aku nih. Dekat umah aku ada lar kot dalam 15 ekor kucing. Tapi bukan semua aku punya, setengah tok aku yang bela dari dulu, ada jugak adik aku yang bela. Tapi at last, muka aku ni jugak lar membelanya : )

Lain orang lain lar citarasanya kan. Ada setengah orang suka bela iguana. Apa yang menarik pasal binatang ni pon aku tak tau lar. Pegang ekor dia pon, rasa keras macam kayu! Takde feel langsung nak belai2 manja! 

Ada jugak orang yang suka bela ikan. Aku kurang suka nak bela ikan mungkin sebab aku rasa sebab aku tak boleh nak belai2 dia. Kalau burung pulak aku kesian tengok dia kena kurung dalam sangkar yang tak berape nak emas tu. Tapi jangan lar anda semua membela anjing dan babi ye. Walaupun kadang2 aku rasa ade anjing yang comel nak mampos. Kite kan orang Islam. Haram tuh!

Berbalik kepada kucing. Kenapa kucing? Salah satu sebab mengikut sunah Rasulullah. Rasullullah memang sangat2 menyanyi  menyayangi binatang ini, Parents aku pon jenis yang suka kucing. Bapak aku bila dia tengok kucing dalam  rumah, nanti dia dok cakap ngan kucing2 2 macam dia dok cakap ngn adik aku yang kecik. Mak aku pulak bila nampak kucing yang comel2 mesti dia akan cium & wat mulut geram. Tabiat ni dah tertumpah ke atas aku. Adik aku yang paling kecik dia akan mein2 ngn kucing2 2. Tapi dalam versi ganas. Nama pon laki kan. Tapi kucing ni sume mesti akan macam bodo je bile dok atas dia. Aku pon tak tau pasaipa. Mungkin adik aku ni ada ilmu kot. HUHU!

So persekitaran aku membuatkan aku ni memang lar sangat obses kat kucing. Aku memang sayang tahap berok kat binatang ni, If ada masalah mesti aku nanti p kat kucing2 aku cakap lar ngn dorang. Even depa tak paham sepatah haram pon, tapi mesti aku akan senyum je bila tengok muka depa yang kiut-miut 2. 


Tapi nak jaga binatang ni pon bukanlah senang. Tambah kalau dah banyak kan. Mana nak jaga anak kucing, mak dia lagi. Pastu tak besar lagi, yang sekor ni dah bunting plak. Pastu bila sakit, kesian tengok dorang. If rajin aku p lar bawak veterinar. Kalau tak aku bagi makan air kelapa. I'allah penyakit dia akan ok. Petua membe aku. Mari kita usha kucing2 aku .


nama dia LARA. dah bunting, ghaplah sat dok pikiaq nak buh kat mana plak anak2 deni.

ni xde nama. tengok anak dia dok menyusu. ada lagi 2 saja je xmau inteprem.

aku malas dah nak buh nama. tapi deni comel tahap ketam lar. aku selalu cium dia!

ni anak manja. xde nama gak. 

MANJA dan anak dia. xde nama. bley pggl suka hati.

ni kesayangan adik aku. BOBOI namanya. dah mandul. kesian.


Tak kesah lar binatang apa pon, jangan sesekali kita aniaya binatang. Aku penah nampak ada manusia yang bangang, tak silap aku kat singapore, meysia pon ada tergamak dia pukul anjing and dera kucing 2. Memang tahap bangang nak mampos manusia macam ni! Kalau aku jumpa orang macam ni aku ketuk kepala dia ngan hammer sampai pecah! 

Dalam hidup kita kita bukan setakat berbakti sesama manusia saja, tapi Tuhan suruh jugak kita berbakti pada makhluk laen . Macam alam semulajadi dan haiwan. Renung2kan dan selamat beramal ~



p/s:aku selalu cakap kat mak aku "dari bela manusia, baek lar bela kucing. ati pon tak sakit"


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Kc Kasedah berkata...

huuuu suka ek kucing. kwn2 sy suka la kucing. sy suka arnab lg :)

yaya berkata...

suke! sgt2! arnab pon comel. tapi x reti sgt lar nak bela die.

Fifi berkata...

Cute cats!
I only have one cat so he is totally spoiled, hehe :)

yaya berkata...

hihi! must be ur cat really cute ya.

Ms.ze berkata...

comey anak kucing tu !!!!!!!!!

fatinizzati berkata...

"dari bela manusia, baek lar bela kucing. ati pon tak sakit"---------> suka ayat ni :)

Catat Ulasan